Memenuhi jemputan sebagai peserta inovasi Pertandingan Inovasi dan Pameran BOS (IDBos) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGKDA) Jitra, Kedah, skuad Patrol Denggi tampil membuka booth Patrol Denggi. Dengan membawa inovasi Aplikasi Android MyDengue Patrol, kedua-dua wakil Patrol Denggi Sekolah Kebangsaan Bagan Serai (SKBS), adik Ammar Fareez bin Zainal Abidin dan Nur Aina Mardhiah binti Mohd Shukor, 10, berjaya mengharumkan nama SKBS dengan meraih Pingat Emas untuk Kategori Pelajar Sekolah.
 |
| Ammar Fareez dan Nur Aina Mardhiah memegang Pingat Emas dan Sijil Penghargaan IDBos 2018 |
 |
| Cikgu Faiz |
"Saya amat terkejut apabila nama sekolah diumumkan antara pemenang Pingat Emas Kategori Pelajar. Ini adalah kali pertama murid-murid menyertai pertandingan berkonsepkan pameran seumpama ini. Mereka amat petah bercakap dan mungkin ini adalah kelebihan mereka apabila membentangkan projek inovasi mereka," ulas guru pengiring, Encik Azharul Faiz bin Zainal Abidin.
 |
| Imbas kod QR ini untuk membuka inovasi murid |
Projek inovasi yang dihasilkan oleh skuad Patrol Denggi ini merupakan sebuah aplikasi android. Menggunakan
Hypertext Markup Language 5 (
HTML5) yang disokong melalui perisian laman web www.appypie.com, Ammar dan Mardhiah menghimpunkan segala jenis aktiviti kempen Patrol Denggi SKBS di dalam satu aplikasi. Teknik ini hanya menggunakan tiga langkah mudah untuk membangunkan aplikasi telefon iaitu
Name (Menamakan),
Selection (Pemilihan) dan
Design (Rekabentuk). Inovasi yang dihasilkan oleh Patrol Denggi SKBS boleh diakses melalui imbasan kod QR di bawah.
 |
| Mardiah sedang menunjukkan aplikasi MyDengue Patrol yang dihasilkan kepada pengunjung booth |
Selain membuat pameran inovasi, skuad Patrol Denggi berkesempatan untuk merakam
Shout Out (Laungan Kata-kata Sokongan) peserta yang rata-rata datang dari seluruh pelusuk negara. Adik Ammar Fareez selaku jururakam video manakala adik Nur Aina Mardhiah selaku jurucakap untuk menarik para peserta menyumbang Shout Out untuk Pertandingan Anugerah Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan.
 |
| Rakaman Shout Out No Aedes No Dengue oleh Peserta IDBos dari Selangor |
Terdapat 259 penyertaan inovasi dalam Pertandingan IDBos Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 ini. Terdapat empat kategori inovasi yang dipertandingkan iaitu Kategori Pelajar, Kategori Siswa Guru, Kategori Guru dan Kategori Pensyarah. Pertandingan yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2018 bertemakan 'Inovasi Pedagogi ke Arah Revolusi Industri 4.0'.
 |
| Semua pemenang Pingat Emas IDBos bergambar bersama YB Ir. Zamri Yusuf, EXCO Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Pengarah IPGKDA, Datin Naimah binti Jaafar |
No comments: