Header Ads

Header Ads 728x90 (will be updated soon)
Breaking News
recent

Patrol Denggi SKBS dan Combi Ropewalk Bagan bersatu perangi aedes

Pertemuan kali pertama di Festival Jom Aura bertempat di Mydin Mall Parit Buntar hujung Julai lalu sememangnya melahirkan bibit-bibit kemesraan persamaan antara mereka berdua. Ya, persamaan dalam memerangi nyamuk aedes habis-habisan antara Patrol Denggi SK Bagan Serai (SKBS) dan Communication for Behavioural Impact (COMBI) atau Komunikasi dalam Perubahan Tingkahlaku Ropewalk Taman Selat.

Program Jom Perangi Denggi yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara (SPU) dengan kerjasama Combi Ropewalk Bagan diadakan pada 11 Ogos lepas bertempat di Ropewalk Taman Selat, Butterworth dihadiri lebih 200 orang pengunjung harian.

Aktiviti dimulakan dengan Program Aedes Hunt. Dalam program ini, setiap kumpulan peserta perlu mencari kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar kawasan perniagaan Ropewalk. Apabila kawasan tersebut telah dijumpai, peserta Aedes Hunt perlu menabur serbuk Abate (ubat jentik-jentik) ke dalam kawasan takungan air berkenaan.

Di samping mencari kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes, sampah sarap terutamanya botol atau tin kosong yang berterabur juga dikutip untuk mengelakkan potensi takungan air

Selepas itu, pertandingan mewarna diadakan. Kanak-kanak mengikut umur diagihkan kepada dua kumpulan iaitu Tahap 1 (Darjah 1,2 dan 3) dan Tahap 2 (Darjah 4,5 dan 6). Skuad Patrol Denggi SKBS tidak terkecuali dalam pertandingan mewarna ini dan turut serta untuk memeriahkan suasana. Pertandingan mewarna berlangsung hampir dua jam dan diadili oleh barisan hakim PKDSPU. 

Skuad Patrol Denggi SKBS menyertai pertandingan mewarna

Sementara menunggu hakim memberi markah pertandingan mewarna dan Program Aedes Hunts, skuad Patrol Denggi dijemput untuk membuat persembahan Tarian Panama Denggi. Untuk persembahan kali ini, video muzik sketsa Patrol Denggi SKBS dimainkan di layar putih dan Tarian Panama Denggi mengiringi sketsa tersebut.

Persembahan Tarian Panama Denggi

Pameran Kesihatan dengan tema Bahaya Nyamuk Aedes dan Virus Denggi turut diadakan. Skuad Patrol Denggi SKBS berpeluang mengedarkan flyers kepada orang ramai yang hadir di Ropewalk.

Reruai (booth) Pameran Kesihatan

Semua yang terlibat dengan Program Jom Perangi Denggi melaungkan Shout Out No Aedes No Dengue bersama-sama Skuad Patrol Denggi SKBS

Menurut Wan Fatimah binti Md Hashim atau lebih disenangi dengan panggilan Kak Wan, Pengerusi COMBI Ropewalk Bagan, aktiviti Jom Perangi Denggi pada tahun ini amat meriah dengan kehadiran skuad Patrol Denggi SKBS. Semua peniaga di kawasan perniagaan Ropewalk terhibur dengan persembahan Patrol Denggi SKBS yang memakai kostum nyamuk aedes. Aktiviti berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan Shout Out No Aedes No Dengue.




No comments:

Powered by Blogger.