Misi Gempur Denggi di Hatyai
Skuad Patrol Denggi Sekolah Kebangsaan Bagan Serai (SKBS) melebarkan sayap perluasan kempen Misi Gempur Denggi di Hatyai, Thailand pada 6 hingga 7 Oktober lepas. Delegasi dari SKBS seramai 54 orang itu menaiki sebuah bas dan sebuah van pelancongan untuk ke destinasi kempen. Trip perjalanan bermula sejak awal pagi Sabtu sehingga tengah malam Ahad yang lalu.
![]() |
| Tarian zumba Panama Denggi dipertonton di hadapan khalayak ramai di Klonghae Floating Market |
Persembahan Patrol Denggi SKBS dimulakan lewat petang Sabtu di Pasar Terapung atau Klonghea Floating Market. Sebelum memulakan persembahan Tarian Panama Denggi, ada juga persembahan band percuma dan pertunjukkan tarian kebudayaan Thailand.
![]() |
| Delegasi SKBS bergambar di hadapan Chang Puak Camp |
Perjalanan kempen seterusnya disambung pula di Chang Puak Camp. Di sini, rombongan dari SKBS bergambar di hadapan pintu masuk kem dan melaungkan Shout Out 'No Aedes No Dengue' beramai-ramai.
![]() |
| Persembahan tarian zumba Panama Denggi di Samila Beach, Songkhla berhampiran patung duyung |
Seterusnya, kempen Misi Gempur Denggi diteruskan di Pantai Samila, Songkhla. Antara objek tumpuan ramai pengunjung di sini adalah arca ikan duyung emas. Selepas mengadakan persembahan tarian zumba Panama Denggi, skuad Patrol Denggi SKBS dengan sukarela membuat kerja-kerja pembersihan di sekitar Pantai Samila dengan mengutip sampah-sarap.
![]() |
| Ubat jentik-jentik Abate ditaburkan pada kawasan takungan air berhampiran Pantai Samila Songkhla |
Ubat jentik-jentik Abate turut ditaburkan pada kawasan longkang berhampiran Pantai Samila Songkhla. Fatimah Hashim, Guru Besar SKBS turut bersama delegasi Patrol Denggi SKBS ke Hatyai. Walaupun perjalanan kempen hanya mengambil masa sehari, Fatimah beranggapan tempoh tersebut adalah cukup untuk memberi kesedaran terhadap bahaya nyamuk aedes dan virus denggi di Hatyai.
![]() |
| Fatimah Hashim (melambai tangan tiga dari kiri) bergambar bersama skuad Patrol Denggi SKBS |





No comments: